Monday, 1 May 2017

AJK KEBERSIHAN,PENGANGKUTAN & KESELAMATAN

Minggu1

Assalammualaikum..Pada minggu ini sesi suar kenal di antara ahli. Penasihat kami, Tuan Ahmad Rodhi Syafie, telah menerangkan serba sedikit maklumat tentang kursus ini. 


Minggu2

Pada minggu ke-dua, berlakunya perlantikan jawatan. Semua ahli jawatan sudah diberi penerangan tentang tanggungjawab dan tugas masing-masing.

Minggu 3

Pada minggu ini berlakunya rombakan antara ahli. Perbincangan untuk pemilihan tempat jugak berlaku. Kami telah memilih Masjid jamek sebagai tempat khidmat masyarakat kami. Ajk pengangkutan dan Ketua Projek  telah berjumpa dengan Ketua AJK Masjid Jamek,iaitu Tuan Haji Zainal untuk meminta izin.








Minggu 4

Pada minggu ini, kami berbincang bagi menentukan aktiviti dan susun aturcara majlis pada hari kejadian. Semua ajk memberikan cadangan aktiviti yang hendak dijalankan. Banyak aktiviti yg telah diluluskan dan ada juga yang ditolak. 

Minggu 5

Pada minggu ini, kami berbincang tentang tajaan. Ajk tajaan telah diterangkan tentang penaja-penaja yang harus diberikan surat pengasahan untuk meminta tajaan.

Minggu 6

Pada minggu ini, ajk pengangkutan telah berjumpa dengan pihak kolej untuk membincang tentang pengangkutan iaitu bas.

Minggu 7

Pada minggu ini kami berbincang tentang pembahagian kerja yang hendak dilakukan pada hari kejadian tersebut. Semua ahli telah diberikan kerja dan kumpulan sebagai persiapan bagi hari kejadian.

Minggu 8

Setiap ajk telah membeli peralatan - peralatan untuk aktiviti pembersihan dan keselamatan

Minggu 9

Pada Minggu ini kami membuat pembahagian tugas dan penerangan lebih lanjut tentang program yang bakal dilangsungkan di Masjid Jamek Kampung Melayu pada 22 April.

Minggu 10

Mengadakan sesi mesyuarat di perpustakaan KPTM Ipoh. Membincangkan tentang program untuk kali kedua.

Minggu 11

Pada minggu ini,ajk pengangkutan mengesahkan semula tempahan bas bersama pihak kolej.

Minggu 12

Pada minggu ini, ajk mengemas kini blog yang masih tidak lengkap.

Minggu 13

Minggu ini adalah hari kejadian. Semua ahli terlibat dengan Program Khidmat Masyarakat bagi kelas DIM0401. Program ini telah berjalan dengan lancar sekali. Semua objektif tercapai.


Kami telah menyediakan sebuah kenderaan bagi mengambil makanan tengahari dan membawa barangan keperluan yang lain.

Kami telah memastikan keselamatan ketika menjalankan aktiviti terjamin. 

Kami telah memastikan kawasan makan bersih dan kemas selepas makan pagi dan makan tengahari.



 Ajk Kebersihan telah memastikan kawasan penyediaan makanan bersih dan teratur.





Semasa aktiviti dijalankan, kami telah memastikan kerja-kerja dilakukan dengan bersih dan teratur seperti dicadangkan. 

Kami telah memastikan peralatan mengecat dibersihkan selepas aktiviti mengecat habis dilakukan. 

Sebelum pulang ke kolej, kami telah mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan. 



Minggu 14

Pada minggu ini, kami mengemaskini blog untuk pemarkahan dan menyiapkan laporan akhir .



Minggu 15
Pada minggu ini, minggu terakhir , sesi pembentangan akhir dijalankan untuk mendapatkan markah.




No comments:

Post a Comment