Monday, 1 May 2017

Ahli Jawatankuasa Logistik & Peralatan


Minggu 1
Assalammualaikum..Pada minggu ini adalah kali pertama perjumpaan antara ahli kelas DIM0401 bersama Ustaz Ahmad Rodhi. Ustaz menerangkan tentang kerja kursus untuk subjek Khidmat Masyarakat bagi semester ini. 


Minggu 2

Assalammualaikum, Pada minggu ini, berlakunya perlantikan jawatan setiap ahli kelas berlangsung. Semua ahli jawatan sudah diberi penerangan tentang tanggungjawab dan tugas masing-masing dan. Kami Muhd Muaz, Muhd Sabri dan Muhd Amir telah dilantik sebagai AJK Logistik.

Minggu 3

Assalammualaikum, Pada minggu ini perbincangan untuk pemilihan tempat juga berlaku. Kami telah memilih Masjid jamek sebagai tempat khidmat masyarakat kami. Ketua Projek  telah berjumpa dengan Ketua AJK Masjid Jamek,iaitu Tuan Haji Zainal untuk meminta izin.

Minggu 4

Assalammualaikum, Pada minggu ini, kami berbincang tentang tajaan. Ajk tajaan telah diterangkan tentang penaja-penaja yang harus diberikan surat pengasahan untuk meminta tajaan.

Minggu 5

Assalammualaikum, Pada minggu ini, kami telah menyenaraikan barang peralatan yang akan digunakan pada program tersebut.

Minggu 6

Assalammualaikum, Pada minggu ini, kami telah pergi ke kedai untuk melihat harga dan menyenaraikan peralatan yang perlu dibeli.

Minggu 7

Assalammualaikum, Pada minggu ini kami berbincang mengenai pembahagian kerja yang akan dilakukan pada program tersebut. AJK Aktiviti telah memberikan kerja dan membahagi kumpulan sebagai persiapan pada program tersebut.

Minggu 8

Assalammualaikum, Pada Minggu ini kami telah memohon duit perbelanjaan untuk membeli peralatan yang telah disenaraikan.

Minggu 9

Assalammualaikum, Pada Minggu ini, pihak telah kami menerima sebanyak RM200 dari pihak bendahari untuk dibelanjakan.

Minggu 10

Assalammualaikum, Semua AJK mengadakan sesi mesyuarat di perpustakaan KPTM Ipoh untuk membincangkan tentang program untuk kali kedua. Kami juga bersepakat membuat baju untuk dipakai semasa program.

Minggu 11

Assalammualaikum, Pada minggu ini, kami AJK Logistik telah pergi membeli peralatan yang telah disenaraikan. 



Minggu 12

Assalammualaikum, Pada minggu ini, semua ajk mengemas kini blog yang masih tidak lengkap.

Minggu 13

Assalammualaikum, Minggu ini adalah hari kejadian.Kami telah membawa perlalatan yang kami beli ke Masjid Kampung Melayu dan semua ahli terlibat dengan Program Khidmat Masyarakat bagi kelas DIM0401. Program ini telah berjalan dengan lancar sekali. Setelah selesai program, pihak kami telah menyerahkan semua peralatan kepada pihak masjid.

Minggu 14

Assalammualaikum, Pada minggu ini, kami mengemaskini blog dan memasukan gambar pada hari kejadian supaya lebih difahami apa yang kami buat untuk pemarkahan dan menyiapkan laporan akhir .

Minggu 15
Assalammualaikum, Pada minggu ini, sesi pembentangan akhir dijalankan untuk mendapatkan markah.

No comments:

Post a Comment