MUHAMMAD AKRAM ZUHAIR BIN AMIR
MINGGU 1
Assalamualaikum. Pada mesyuarat yang pertama, kami diberikan serba sedikit penerangan mengenai objektif projek ini perlu dilaksanakan. Penerangan diberikan oleh Ustaz Rodhi.
MINGGU 2
Ini adalah mesyuarat kedua bagi kelas kami. Dalam mesyuarat tersebut kami melantik ahli jawatankuasa dikalangan pelajar kelas kami sendiri.
MINGGU 3
Kami memutuskan untuk mengadakan rombakan jawatankuasa. Pada minggu ini juga, kami membincangkan mengenai apakah projek yang kami ingin lakukan dan pencalonan kawasan projek. Dan kami memutuskan untuk mengadakan aktiviti gotong-royong di Masjid Jamek Kampung Melayu Ipoh,
MASJID JAMEK KAMPUNG MELAYU IPOH, PERAK.
MINGGU 4
Berlakunya sesi perbentangan diantara setiap Ajk untuk mengenal pasti peranan setiap Ajk. Perbentangan ini diperbentangkan di hadapan Ustaz Rodhi iaitu pembimbing kami dalam melaksanakan projek ini.
MINGGU 5
Pada minggu ini, kami memberi lebih fokus kepada status penajaan projek kami. Syukur ada ilahi projek ini dipermudahkan. Kami berjaya mendapat beberapa sumbangan daripada penaja tertentu beserta derma dari pihak orang ramai. Kami berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM1,049.
MINGGU 6
Minggu ini kami hanya memantau progres daripada setiap Ajk.
MINGGU 7
Pada minggu ke 7, kami membincangkan mengenai projek ini dengan lebih spesifik. Kami mengenal pasti beberapa masalah dan menyelesaikannya bersama
MINGGU 8
Segala keperluan telah dibeli oleh ajk yang ditugaskan
MINGGU 9
Minggu ini kami menentukan siapa yang akan memikul tugas membawa makanan dan pengacara majlis sempena projek yang akan berlaku pada tanggal 22 April 2017.
MINGGU 10
Kami memilih perpustakaan sebagai lokasi perjumpaan pada minggu ini.Perjumpaan dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
MINGGU 11
Ajk Makanan dan Pengangkutan hendaklah mengesahkan status tempahan.
MINGGU 12
Mengemaskini status projek di blog.
MINGGU 13
Alhamdulillah, projek gotong-royong di Masjid Jamek Kg Melayu berjalan seperti yang dirancang. Setiap ahli juga memainkan peranan masing-masing dengan jayanya.
GAMBAR BERSAMA PENSYARAH DAN AHLI.
MINGGU 14
Mengemaskini blog sebelum proses pemarkahan dilakukan.
MINGGU 15
Minggu terakhir, Kami melakukan perbentangan akhir dan menyerahkan laporan akhir pada Ustaz Rodhi.
No comments:
Post a Comment